Thursday, December 31, 2009

Friday, December 25, 2009

Diet RASULULLULLAH SAW

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan minum SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan minum SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

  • CARA MAKAN
  • JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
  • TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. (yang nie tak boleh buat kat office...;))
  • JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM .. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
    Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya...... cubalah...... ......... .
    Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek....
    Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
  • Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
    Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu.. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.
    • Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat
      amalan antara lain:
    • Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
    • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
    • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
    • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

      Sama-samalah kita mengamalkannya. ......
      WallahuA'lam

Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah.... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya..

Friday, December 18, 2009

BERMIMPI MALAIKAT MENARIKNYA DARI BARISAN ORANG SOLEHAH

Pada usianya yang tua, Samnun seorang wanita. Alhamdulillah, dia dianugerahi seorang anak perempuan yang cantik. Boleh bayangkan betapa cintanya dia kepada anaknya yang saat itu berusia 3 tahun.

Suatu malam, dia bermimpi hari kiamat telah tiba. Dilihatnya bendera masing-masing nabi dan para waliullah dengan sinarnya yang menjulang ke ufuk. Suatu barisan dari orang-orang yang dicintai Allah swt secara ikhlas dari segalanya.

Larilah Samnun masuk barisan itu, tiba-tiba malaikat menariknya keluar dari barisan. ”Aku mencintai Allah, dan in i barisan orang-orang yang mencintaiNya..mengapa aku dilarang masuk?” Tanya Samnun.

”Engkau memang termasuk orang yang mencintai Allah, tetapi setelah anda dianugerahi seorang anak engkau telah lupa kepadaNya. Engkau lebih mencintai anakmu dari mencintai Allah, namamu telah kuhapuskan dari barisan ini..”jawab malaikat.

Tiba-tiba Samnun terbangun kerana mendengar suara orang ramai; Celaka, celaka..ketika ditanyakan suara apa gerangan, ternyata anak perempuannya mati terjatuh. ”Syukurlah, Allah telah mencabut sesuatu yang menjadi penghalang diriku kepadaNya” Ujar Samnun.



Monday, December 14, 2009

Wednesday, December 9, 2009

Kesihatan & Ibadah: Faktor-Faktor Yang Membawa Kepada Menjadi Pelupa/Melemahkan Daya Ingatan Dan Kefahaman

  • Melihat perkara yang haram
  • Melancap
  • Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi
  • Meminum minuman atau makanan yang bercampur dengan semut
  • Tidak membaca Al Quran
  • Meminum atau memakan makanan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram
  • Mengumpat dan mengata
  • Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam)
  • Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
  • Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita

Saturday, December 5, 2009