Saturday, December 24, 2011

Dia yang belum kukenali..


(Intro**Petikan dari "RAHSIA MENGENAL SI DIA")
Kerapkali dalam hidup seharian, kita sering bertembung dengan karenah dan kepelbagaian jenis manusia, yang kadang ketika membuatkan kita sedikit tertanya-tanya, musykil malah ada ketikanya sengsara dalam memulakan urusan dengan mereka. Harusnya dek kerana kita tidak berpeluang untuk mengenali diri mereka apalagi memahami mereka sebelum pertemuan tersebut. Tapi dalam banyak persoalan, yang paling utama ialah kita kena faham karektor diri kita sebelum nak mengupas rahsia si dia.

"Siapa día tu ye?"
"Okay ke dia tu??"
"Nampak macam okay, tapi..ye ke?"


HAKIKAT ini bukan hanya terjadi apabila kita mula mahu mengenali seseorang, ianya turut tercetus dalam urusan kehidupan yang lain seperti menghadiri temuduga, membuat temujanji untuk urusan kerja, mendapatkan projek, memilih pekerja, memilih jodoh atau pasangan hidup, mengenali jiran tetangga atau apa jua urusan yang bakal melibatkan pihak kedua dan ketiga.

"Siapa yang interview ni nanti ye?"
"Boleh ke aku berdepan dgn dia ni?.. issh, risaunya.."
"Entah-entah dia strict giler gitu.."


UNTUK yang ditemuduga, semestinya akan jadi lebih berkeyakinan dalam diri itu, bilamana dia sudah mengenali siapa yang akan menemuduganya nanti. Pada yang membuat temujanji kerja atau mendapatkan projek, betapa mengenali sikap dan pendekatan pihak yang ditemui mampu memberikan peluang lebih baik kepada anda, demi untuk mencapai matlamat pertemuan itu nanti.

"Ooo, dia ni open-type, aku mesti boleh yakinkan dia, insya Allah"


KATAKANLAH anda telah mendapat temujanji untuk satu projek pengiklanan dan prospek yang bakal anda temui untuk perbincangan itu nanti ialah Pengurus Besar syarikat tersebut yang juga orang yang bakal menentukan kelayakan dan membuat keputusan untuk penganugerahan projek tersebut.


"Ni, kalau aku tau serba sedikit tentang dia, at least, kuatlah sikit semangat aku ni"
"OOo, dia ni suka tengok gusti WWE, boleh la selit cerita pasal The Rock ni, at least dia tau, aku pun minat gusti gak, point tu..sama minat"

Dengan mengetahui "Rahsia Mengenal Si Dia", tiga sudut pandangan anda pasti akan banyak membantu anda. Pandangan Pertama akan menyingkap dirinya sepintas lalu, Pandangan kedua akan membuka ruang memahami jenis orangnya, dan Pandangan Ketiga akan mengupas sifat asas dirinya dan dengan info-info inilah anda akan punya asas untuk berdepan dengan Pengurus Besar tadi dengan lebih yakin dan tenang.

UsahawanRemaja.Com | Usahawan Remaja | Usahawan

Salah satu faktor umpamanya, apabila anda mendapat maklumat bahwa si dia lahir pada bulan Januari di bawah zodiac Capricorn, anda adalah dinasihati agar tidak banyak mengeluarkan pendapat yang bercanggah dengan pendapatnya, keraplah menerima dan memuji pandangannya, walaupun hakikat sebenar, idea anda jauh lebih menarik, seterusnya secara perlahan menyuntik idea anda sedikit demi sedikit ke dalam perbincangan tersebut.

LAZIMNYA, Capri tidak suka pendapatnya tidak diterima, dan apabila anda bersetuju dan menerima ideanya, peluang anda untuk mendekatinya lebih dekat dan ini memberi ruang untuk perjuangan anda jadi lebih terbuka. Dan inilah rahsia mengenal prospek depan mata yang akan menyingkap beberapa rahsia diri yang boleh dijadikan panduan untuk mengenal dan memahami orang baru yang bakal anda temui nanti.

So, kita kongsikan sepintas lulu tips Rahsia Mengenal Si Dia ni dengan u all k..

Kita merancang, DIA merancang, DIA Lebih Mengetahui..



















Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan..

Semoga DIA menghadirkan seseseorang yang mengimpikanmu..


Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan..

Semoga DIA menghadirkan seseorang yang merindukanmu..


Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan..

Semoga DIA memberimu seseorang yang mendambakanmu..


Bila ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai..

Semoga DIA menghadirkan seseorang yang mencintaimu..


Yang bukan HANYA kerana apa yang ada padamu..

Tetapi apa adanya dirimu....!!


Semoga ALLAH memberikan kita yang TERBAIK..

Dengan segala keindahan hati & ketakwaannya..

Insya ALLAH ~


*nukilan istimewa seorang gadis..

Saturday, February 27, 2010

ISTIMEWANYA PEREMPUAN -II


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.



15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.



16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."


Thursday, February 25, 2010

Sunday, February 21, 2010

ISTIMEWANYA PEREMPUAN -I



1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.



8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).



10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

Sunday, February 14, 2010

8 Perkara Tingkatkan KESABARAN

1. Mengenali hakikat hidup di dunia yang penuh cabaran dan dugaan.
2. Mengenali bahawa diri ini milik Allah dan manusia mempunyai had
    tertentu.
3. Yakin setiap perbuatan baik akan mendapat ganjaran Allah.
4. Yakin bahawa Allah akan membantu hamba-Nya.
5. Berusaha mencontohi orang sabar.
6. Sentiasa memohon pertolongan dan keredaan Allah.
7. Sentiasa beriman kepada qadar dan sunah Allah.
8. Berusaha menjauhi penyakit penghalang sabar seperti marah, sedih
    berlebihan, putus asa dan gopoh gapah...
 

Petikan dari ayat Dr. Yusof Al Qardhawi...

Wednesday, February 10, 2010

Sunday, January 31, 2010

Tips Muhasabah Diri

1.Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Friday, January 29, 2010

Tuesday, January 26, 2010

Pesan-pesan Imam Jaafar Ash-Shadiq.

Pesan-pesan Imam Jaafar Ash-Shadiq.

Syeikh Ahmad al-Fathani menulis: Hendaklah setiap orang yang beramal, memerhatikan pesan Imam kepada anaknya:

  1. Hai anakku! Peliharalah pesanku ini, maka hidupmu akan mempunyai berkat, dan niatmu banyak mendapat amal.
  2. Hai anakku! Barang siapa merasa cukup terhadap apa yang ada pada dirinya, maka ia adalah seorang yang kaya.
  3. Barang siapa ingin tahu harta orang lain, maka ia dalam keadaan berhajat.
  4. Barang siapa tidak redha terhadap pembahagian Allah kepadanya maka ia telah memprotes Qudrat Allah pada dirinya.
  5. Barang siapa yang menganggap kecil kesalahan dirinya, bererti ia menganggap kecil kesalahan orang lain.
  6. Wahai anakku! Barang siapa menyingkap tabir orang lain, seperti terbukalah aurat rumah tangganya.
  7. Barang siapa menggali lubang untuk menjerumuskan saudaranya, maka dirinya akan jatuh ke dalamnya.
  8. Barang siapa yang bersahabat dengan orang hina, bererti dirinya menjadi kurang terpandang dan kurang dihormati.
  9. Barang siapa bergaul dengan ulama, maka ia mendapat kemuliaan.
  10. Barang siapa masuk ke tempat tempat kejahatan, bererti akan menjatuhkan kewibawaannya.
  11. Hai anakku! Katakanlah yang sebenarnya, baik terhadap diri sendiri ataupun terhadap orang lain.
  12. Jauhkanlah dari pandangan sinis dan mencebik, kerana dua sikap ini menunjukkan bahawa seseorang sudah dalam keadaan marah.
Hai anakku! Jika engkau meminta kemurahan, maka keberhasilannya terletak pada dirimu sendiri