(Intro**Petikan dari "RAHSIA MENGENAL SI DIA")
Kerapkali dalam hidup seharian, kita sering bertembung dengan karenah dan kepelbagaian jenis manusia, yang kadang ketika membuatkan kita sedikit tertanya-tanya, musykil malah ada ketikanya sengsara dalam memulakan urusan dengan mereka. Harusnya dek kerana kita tidak berpeluang untuk mengenali diri mereka apalagi memahami mereka sebelum pertemuan tersebut. Tapi dalam banyak persoalan, yang paling utama ialah kita kena faham karektor diri kita sebelum nak mengupas rahsia si dia.
"Siapa día tu ye?"
"Okay ke dia tu??"
"Nampak macam okay, tapi..ye ke?"
HAKIKAT ini bukan hanya terjadi apabila kita mula mahu mengenali seseorang, ianya turut tercetus dalam urusan kehidupan yang lain seperti menghadiri temuduga, membuat temujanji untuk urusan kerja, mendapatkan projek, memilih pekerja, memilih jodoh atau pasangan hidup, mengenali jiran tetangga atau apa jua urusan yang bakal melibatkan pihak kedua dan ketiga.
"Siapa yang interview ni nanti ye?"
"Boleh ke aku berdepan dgn dia ni?.. issh, risaunya.."
"Entah-entah dia strict giler gitu.."
UNTUK yang ditemuduga, semestinya akan jadi lebih berkeyakinan dalam diri itu, bilamana dia sudah mengenali siapa yang akan menemuduganya nanti. Pada yang membuat temujanji kerja atau mendapatkan projek, betapa mengenali sikap dan pendekatan pihak yang ditemui mampu memberikan peluang lebih baik kepada anda, demi untuk mencapai matlamat pertemuan itu nanti.
"Ooo, dia ni open-type, aku mesti boleh yakinkan dia, insya Allah"
KATAKANLAH anda telah mendapat temujanji untuk satu projek pengiklanan dan prospek yang bakal anda temui untuk perbincangan itu nanti ialah Pengurus Besar syarikat tersebut yang juga orang yang bakal menentukan kelayakan dan membuat keputusan untuk penganugerahan projek tersebut.
"Ni, kalau aku tau serba sedikit tentang dia, at least, kuatlah sikit semangat aku ni"
"OOo, dia ni suka tengok gusti WWE, boleh la selit cerita pasal The Rock ni, at least dia tau, aku pun minat gusti gak, point tu..sama minat"Dengan mengetahui "Rahsia Mengenal Si Dia", tiga sudut pandangan anda pasti akan banyak membantu anda. Pandangan Pertama akan menyingkap dirinya sepintas lalu, Pandangan kedua akan membuka ruang memahami jenis orangnya, dan Pandangan Ketiga akan mengupas sifat asas dirinya dan dengan info-info inilah anda akan punya asas untuk berdepan dengan Pengurus Besar tadi dengan lebih yakin dan tenang.

Salah satu faktor umpamanya, apabila anda mendapat maklumat bahwa si dia lahir pada bulan Januari di bawah zodiac Capricorn, anda adalah dinasihati agar tidak banyak mengeluarkan pendapat yang bercanggah dengan pendapatnya, keraplah menerima dan memuji pandangannya, walaupun hakikat sebenar, idea anda jauh lebih menarik, seterusnya secara perlahan menyuntik idea anda sedikit demi sedikit ke dalam perbincangan tersebut.
LAZIMNYA, Capri tidak suka pendapatnya tidak diterima, dan apabila anda bersetuju dan menerima ideanya, peluang anda untuk mendekatinya lebih dekat dan ini memberi ruang untuk perjuangan anda jadi lebih terbuka. Dan inilah rahsia mengenal prospek depan mata yang akan menyingkap beberapa rahsia diri yang boleh dijadikan panduan untuk mengenal dan memahami orang baru yang bakal anda temui nanti.






No comments:
Post a Comment