Thursday, October 29, 2009

Secebis kisah: Kesan Parut Yang kekal…

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita..”


Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.

ERTI KAWAN :

kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang.......

kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit......

kata atuk,
KAWAN tu seperti air, terus mengalir.....

kata nenek,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana ....

kate sedara,
kawan tu macam makanan, kawan makan kawan!!

kata abang,
KAWAN tu seperti lembu, mengikut saje ape dikata........

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian, bau je busuk tapi sedap dimakan....

kata adik,
KAWAN tu macam biskut, sekejap ade sekejap takde.......

kata aku,
kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT..!!!

dia tetap kawan...
tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia tetap kawan aku...
itu cara aku berkawan..!!

Tuesday, October 27, 2009

Sunday, October 18, 2009

Friday, October 16, 2009

Aura Rasulullah saw.

..Suatu ketika dikisahkan ketika Rasulullah saw sedang tidur, datang seorang lelaki Da’thur namanya, meletakkan pedang dengan matanya menghunus ke dada Rasulullah saw, apabila Rasulullah terjaga, Da’thur bertanyakan pada baginda Rasulullah saw, siapakah yang dapat menyelamatkan kamu kini Wahai Muhammad, jawab Rasulullah saw “Allah swt..” Dari aura baginda Rasulullah saw yang terpancar dari jiwa dan iman baginda Rasulullah saw itu, terketar-ketar tangan Da’thur mendengar kata-kata baginda Rasulullah saw , lalu terjatuh Da’thur dan terlepas pedang dari tangannya. Rasulullah saw lalu diambil baginda pedang itu lalu menekan mata pedang tersebut menghunus ke dada Da’thur pula lalu bertanya ‘sekarang siapakah yang dapat menyelamatkan kamu dari mata pedang ini?’ Da’thur menjawab ‘hanya engkau yang mampu menyelamatkan aku ketika ini ..’

Kisah ini sesungguhnya membuktikan aura Rasulullah saw yang nyatanya ‘aura iman’ baginda itulah, sesuatu yang amat istimewa berbanding dengan mana-mana aura selebriti, aura yang disebut-sebut dalam masayarakat masakini.

-Al Ustaz Zawawi – Al Kulliyyah Tv3 : Qudwah

Monday, October 12, 2009

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :



1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.


2 . Pendendam
tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yang diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..)

7. Ego - ibu segala mazmummah, jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dengan apa yang kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat, menderita..., dapat pun, menderita kerana bila sudah dapat, susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan
Yang meragut kebahagiaan sebenarnya, bukanlah secara amnya disebabkan dek kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain-lainnya, tetapi tidak lain ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"

Friday, October 9, 2009

Tuesday, October 6, 2009

Monday, October 5, 2009

Imam & Doa..


Terdapat segelintir imam yang berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan syakirin".. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah…ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut.. Jadi yang sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin", "Hamdaz-zakirin" dan "Hamdasy-syakirin". (p/s: huruf z adalah huruf zal).
-dari ceramah YBhg Dato Al Ustaz Ismail Kamus

Bola-bola api di langit..

Mengikut Sains, apabila terlihat ada seperti cahaya melintas di langit di malam hari, dinyatakan ianya adalah tahi bintang, namun hakikatnya dari sudut apa yang diterangkan dalam Al Quran, ianya adalah bola-bola api yang dilontar Allah ke arah Syaitan yang cuba mengintai Arasy. Alangkah baiknya kalau umat Islam memahami rahsia sebenar dari Al Quran dari semata-mata menerima apajua yang disebut dari penemuan kaedah saintifik..

-Dari Dato Al Ustaz Abu Hassan Din Al Hafiez : Al Kulliyyah TV3



Kelebihan BISMILLAH..Dengan Nama Allah



BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLA-HIR- ROHMAA-NIR-RO-HIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan ummahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir: 30). Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

12. Ustaz Dato Ismail Kamus pernah berpesan dalam siri ceramahnya : Jika kamu ingin dipermudahkan segala perkerjaan dan dipermudahkan dalam usaha mencari rezeki, bacalah oleh kamu akan Bismillahi Rohmani Rohim sebanyak 201 kali selepas Solat Subuh. InsyaAllah.

Saturday, October 3, 2009

Tetamu dan Solat Sunat

Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba-tiba ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yang lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba'diah, tiba-tiba ada tetamu datang.. tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada' selepas solat asar.. walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika untuk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yang tak dapat dielakkan..kalau saja-saja nak qada tak boleh..

-dari ceramah YBhg Dato Al Ustaz Ismail Kamus

Thursday, October 1, 2009

Solat di ruang umum yang terhad..

Apabila kita bersolat di tempat yang terhad ruangnya tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus aje bangun untuk bagi ruang kepada orang lain untuk solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang-panjang la, sembahyang sunat ba'diah la, ape la..sebab lebih utama untuk kita bagi orang lain peluang untuk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara-perkara sunat..lebih-lebih lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang camni..
-dari ceramah YBhg Dato Al Ustaz Ismail Kamus

Kisah Solat Subuh di Masjid

Seorang pemuda bangun awal pagi untuk solat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhu’ dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali kerumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid.


Dalam perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan semula menuju ke masjid.

Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang pemuda lain yang memegang lampu. Dia menanyakan identiti pemuda tersebut, dan dijawab pemuda itu, "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda.'

Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid. Saat sampai di masjid, pemuda pertama bertanya kepada pemuda yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya. Pemuda kedua menolak. Pemuda pertama mengajak lagi hingga berkali-kali dan lagi, jawapannya tetap sama.
Pemuda pertama bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat. Pemuda kedua menjawab Aku adalah Setan. Pemuda itu terkejut dgn jawapan pemuda kedua.
Setan kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan ke masjid, dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa-dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah pikiran untuk tinggal di rumah saja, kamu tetap memutuskan kembali ke masjid. Karena hal itu, Allah memaafkan dosa-dosa seluruh anggota keluargamu.
Saya KHAWATIR jika saya membuat mu jatuh untuk ketiga kalinya, jangan-jangan Allah akan memaafkan dosa-dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai di masjid dengan selamat..'


Jadi, jangan pernah biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yang hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tau ganjaran yang akan kamu dapati dari segala kesulitan yang kamu temui dalam usahamu untuk melaksanakan niat baik tersebut....

Sujud Yang Sempurna..

Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yang menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di sini, adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..

Terdapat ramai orang yang kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yang selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yang dah standby siap-siap dah kakinya disilangkan seperti tak sabar-sabar hendak duduk tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya.. berjaga-jaga. .jangan disebabkan hal yang kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..

-dari ceramah YBhg Dato Al Ustaz Ismail Kamus

Sempurna Wudhu' & Khusyu' Solat Penghapus dosa..

Puasa Enam..

BAGI sesetengah orang, Syawal dianggap bulan berpesta dan bersuka ria dengan jamuan dan juadah, sehingga ada yang meraikannya sebulan penuh seolah-olah puasa lenyap dalam kamus hidup mereka.

Tetapi hakikatnya, pada Syawal masih terdapat ibadat puasa iaitu 'puasa enam'. Cuma ia tidaklah menjadi suatu kewajipan seperti dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun, ibadat sunat itu adalah kesinambungan kepada ibadat Ramadan.

Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh terdahulu.

Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan ganjaran diperoleh mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya. "Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh." (Riwayat Muslim)

Dalam hadis lain dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w menjelaskan, sesiapa yang melakukan ibadat seperti itu (puasa Ramadan dan enam Syawal) dosanya dibersihkan seperti bayi baru dilahirkan ibunya.

Penegasan Nabi s.a.w itu menunjukkan puasa enam amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib. Baginda menggalakkan umatnya rajin beribadat, iaitu ibadat fardu disusuli amalan sunat.

Ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.

Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik- baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.

Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam bulan terbabit dan boleh juga dilakukan dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.

Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal.

Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.

Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.

Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: `Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qada.

Imam As-Syafi'i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab `seyang tiap amalan dengan niatnya' bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.

Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapat sebahagian ulama.'

Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal.

Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.

Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh `Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.

Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.

"Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih)."

Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tiba Ramadan akan datang.

Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah `membayar' terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.

Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.

Puasa Sunat..

Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang berpuasa..sayang sangat nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dalam keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan untuk kita bukak puasa dan pergi kenduri tersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut…hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?
-dari ceramah YBhg Dato Al Ustaz Ismail Kamus

REZEKI YANG TERTANGGUH

Bismillah..
43 Perkara Ringan Yg Menyekat Rezeki.
Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.
(Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.)
solat lelaki

Ibadah..
1.. tidak sembahyang atau solat.
2. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
3. lambat pulang dari masjid.
4. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
5. menguap ketika solat.


makan time

Waktu Makan
6. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
7. makan atas pinggan yang terbalik.
8. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. makan sebelum mandi hadas.
12. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
13. makan dengan menggunakan dua jari.


Waktu Berpakaian
14. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..
KAKI
15. menjahit baju yang sedang dipakai.
16. memakai seluar sambil berdiri.
17. memakai serban sambil duduk.



Dalam Bilik Air..
wudhu' 2
18. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
19. membuang air kecil pada air yang mengalir..
20. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
21. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
22. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.


Di Rumah..
23. suka bersandar pada pintu rumah.
24. suka duduk di atas tangga.
duduk tangga
25. tidak membersihkan rumah.
26. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
27. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
28. membakar kulit bawang.
29. suka memadam pelita dengan nafas.


tidur stylo

Waktu Tidur..
30. suka tidur di atas muka.
31. tidur tidak memakai baju.


Diri Sendiri
32. mengelap muka dengan baju.
33. berdiri sambil bercekak pinggang.
34. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
35. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
36. membasuh kaki dengan tangan kanan.
37. berjalan di antara kambing.
38. berjalan di antara dua perempuan.
39. suka mempermainkan janggut.
40. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
41.. meletakkan tapak tangan pada hidung.
gigit kuku
42. suka menggigit kuku dengan mulut.
43. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.