Saturday, February 27, 2010

ISTIMEWANYA PEREMPUAN -II


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.



15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.



16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."


Thursday, February 25, 2010

Sunday, February 21, 2010

ISTIMEWANYA PEREMPUAN -I



1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.



8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).



10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

Sunday, February 14, 2010

8 Perkara Tingkatkan KESABARAN

1. Mengenali hakikat hidup di dunia yang penuh cabaran dan dugaan.
2. Mengenali bahawa diri ini milik Allah dan manusia mempunyai had
    tertentu.
3. Yakin setiap perbuatan baik akan mendapat ganjaran Allah.
4. Yakin bahawa Allah akan membantu hamba-Nya.
5. Berusaha mencontohi orang sabar.
6. Sentiasa memohon pertolongan dan keredaan Allah.
7. Sentiasa beriman kepada qadar dan sunah Allah.
8. Berusaha menjauhi penyakit penghalang sabar seperti marah, sedih
    berlebihan, putus asa dan gopoh gapah...
 

Petikan dari ayat Dr. Yusof Al Qardhawi...

Wednesday, February 10, 2010

Sunday, January 31, 2010

Tips Muhasabah Diri

1.Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Friday, January 29, 2010

Tuesday, January 26, 2010

Pesan-pesan Imam Jaafar Ash-Shadiq.

Pesan-pesan Imam Jaafar Ash-Shadiq.

Syeikh Ahmad al-Fathani menulis: Hendaklah setiap orang yang beramal, memerhatikan pesan Imam kepada anaknya:

  1. Hai anakku! Peliharalah pesanku ini, maka hidupmu akan mempunyai berkat, dan niatmu banyak mendapat amal.
  2. Hai anakku! Barang siapa merasa cukup terhadap apa yang ada pada dirinya, maka ia adalah seorang yang kaya.
  3. Barang siapa ingin tahu harta orang lain, maka ia dalam keadaan berhajat.
  4. Barang siapa tidak redha terhadap pembahagian Allah kepadanya maka ia telah memprotes Qudrat Allah pada dirinya.
  5. Barang siapa yang menganggap kecil kesalahan dirinya, bererti ia menganggap kecil kesalahan orang lain.
  6. Wahai anakku! Barang siapa menyingkap tabir orang lain, seperti terbukalah aurat rumah tangganya.
  7. Barang siapa menggali lubang untuk menjerumuskan saudaranya, maka dirinya akan jatuh ke dalamnya.
  8. Barang siapa yang bersahabat dengan orang hina, bererti dirinya menjadi kurang terpandang dan kurang dihormati.
  9. Barang siapa bergaul dengan ulama, maka ia mendapat kemuliaan.
  10. Barang siapa masuk ke tempat tempat kejahatan, bererti akan menjatuhkan kewibawaannya.
  11. Hai anakku! Katakanlah yang sebenarnya, baik terhadap diri sendiri ataupun terhadap orang lain.
  12. Jauhkanlah dari pandangan sinis dan mencebik, kerana dua sikap ini menunjukkan bahawa seseorang sudah dalam keadaan marah.
Hai anakku! Jika engkau meminta kemurahan, maka keberhasilannya terletak pada dirimu sendiri

Saturday, January 23, 2010

Thursday, January 21, 2010

Yang Paling Dekat, Paling Jauh, Paling Besar, Paling Berat, Paling Ringan & Paling Tajam..

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka-Teki)-
Imam Ghazali : " Apakah yang pali
ng dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid 1 : " Orang tua "
Murid 2 : " Guru
Murid 3 : " Teman "
Murid 4 : " Kaum kerabat
Imam Ghazali :

" Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).”

Imam Ghazali : " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 : " Negeri Cina "
Murid 2 : " Bulan"
Murid 3 : " Matahari "
Murid 4 : " Bintang-bintang "
Iman Ghazali :

" Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali : " Apa yang paling besar di dunia ini ?"
Murid 1 : " Gunung "
Murid 2 :" Matahari "
Murid 3 : " Bumi "
Imam Ghazali :

" Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Imam Ghazali : " Apa yang paling berat di dunia..?”
Murid 1 : " Baja"
Murid 2 : " Besi"
Murid 3 : " Gajah "
Imam Ghazali :

" Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab: 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali :" Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 : " Kapas"
Murid 2 : " Angin "
Murid 3 : " Debu "
Murid 4 : " Daun-daun"
Imam Ghazali :

" Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali :" Apa yang paling tajam sekali didunia ini?"
Murid- Murid dengan serentak menjawab :"Pedang "
Imam Ghazali :

" Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

Imam Al Ghazali menyatakan kepada muridnya..

Yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).”

Yang paling jauh di dunia ini adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Yang besar sekali di dunia ini adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Yang paling berat di dunia ini adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab: 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

Wednesday, January 20, 2010

Monday, January 18, 2010

Friday, January 15, 2010

Petua Makan Buah..

CORRECT WAY OF EATING FRUITS

Sebenarnya..makan buah bukan hanya sekadar proses “beli, potong, makan!” tapi kalau kena caranya, banyak manfaatnya buat diri kita..

“BUAH SEHARUSNYA DIMAKAN KETIKA PERUT KOSONG…

BUKANNYA SEBAGAI MAKANAN PENCUCI MULUT LEPAS MAKAN NASI..!!!


JIKA KAU BIASAKAN DIRIMU MEMAKAN BUAH KETIKA PERUTMU KOSONG, AKAN MEMBANTU PEMBUANGAN RACUN TUBUH, SEKALIGUS MEMBERI TENAGA YANG MENCUKUPI UNTUK KEGIATAN SEHARI-HARI .

(terutama ketika berdiet)

CONTOHNYA : KETIKA MEMAKAN 2 POTONG ROTI ATAU SEPINGGAN NASI..

"BUAH LEBIH MUDAH DISERAP DARIPADA ROTI ATAU NASI, DALAM PROSES PENGHADAMAN, HANYA MEMERLUKAN WAKTU YANG SINGKAT UNTUK MASUK KE USUS KECIL.

KETIKA ITU, ROTI ATAU NASI BELUM SEPENUHNYA HANCUR DLM PERUT, AKIBATNYA JALAN UNTUK BUAH KE LOSONG PEMBUANGAN MANUSIA TERSEKAT.."

"...MAKANAN DALAM TUBUH AKAN BERUBAH MENJADI ASAM. MAKANAN DALAM TUBUH YANG DAH MENJADI ASAM, BILA BERCAMPUR DENGAN BUAH, PASTI AKAN MENYEBABKAN BUAH JADI MASAM DAN BUSUK, MENINGGALKAN KESAN

BURUK DALAM TUBUH.."


Sebab itulah , nasihat paling penting..

MAKAN BUAH KETIKA PERUT KOSONG ADALAH YANG TERBAIK!

Pernah tak dengar, kata-kata seseorang-

’SETIAP KALI MAKAN TEMBIKAI, SELALU TERSEDAK’

’BILA MAKAN DURIAN, PERUT TERASA MENGEMBANG..’

’LEPAS MAKAN PISANG, TERUS JE NAK KE BILIK AIR’-


KENYATAANNYA.

JIKA KAMU MEMAKAN BUAH KETIKA PERUT KOSONG, PASTI TAK AKAN TIMBUL MASALAH DI ATAS.

BUAH DAN MAKANAN LAIN DALAM TUBUH AKAN TERCAMPUR

SEHINGGA MEMBENTUK GAS TUBUH,

YANG AKAN MENYEBABKAN RASA TERSEDAK

ATAU PERUT MENGEMBANG..

-

-

**YANG TAK KURANG PENTINGNYA JUGA IALAH-

MAKAN BUAH DENGAN PERUT KOSONG DAPAT MENGHINDARI RAMBUT BERUBAH MENJADI PUTIH, BOTAK, SARAF TEGANG, HITAM PADA SEKELILING MATA..


JANGAN MENGIRA JERUK, LEMON YANG RASANYA MASAM DAPAT MEMBENTUK ASAM ATAU ALKALI DALAM TUBUH. KAJIAN MENUNJUKKAN SEMUA BUAH YANG MASUK KE DALAM TUBUH, SETELAH ITU AKAN MENJADI BASI.

TAK PAYAH LA MAKAN BUAH YANG TELAH DIPANASKAN, KERNA BUAH YANG TELAH DIPANASKAN AKAN HILANG SEMUA VITAMINNYA.

MAKNANYA, MAKAN ATAU TAK MAKAN SAMA JE..


JIKA KAMU PERLUKAN VITAMIN YANG TERKANDUNG DALAM BUAH-BUAHAN, MAKA JANGAN MAKAN "NASI GORENG NENAS", "SAPI SEMUR BUAH MANGGA" DLL YANG JELAS MEMBAWA PADAH LEBIH DARIPADA FAEDAH..

SEBAIKNYA MINUM AIR BUAH YANG ASLI KERANA IA LEBIH BAIK DARI AIR BUAH YANG SUDAH DIPROSES DAN DICAMPUR DGN BAHAN LAIN , SEPERTI MINUMAN YANG DITINKAN DSBnya..

SERAT DALAM BUAH SANGAT BESAR FAEDAHNYA, SEBAB ITU, MAKAN BUAH YANG SEGAR JAUH LEBIH BAIK DARIPADA HANYA MINUM SARI DARI BUAH SAHAJA.

-


BILA MINUM AIR BUAH, MINUM SETEGUK DEMI SETEGUK, BIARKAN SEKEJAP DALAM MULUT KITA UNTUK MEMBOLEHKAN AIR BUAH ITU BERCAMPUR DENGAN AIR LIUR KITA, PASTU BARU TELAN DAN NIKMATI RASANYA..

-

HANYA MAKAN BUAH, MINUM AIR BUAH UNTUK KEPERLUAN 3 HARI,

AKAN DIRASAKAN SELURUH TUBUH MENJADI LEBIH SEGAR..

-

INILAH ATURAN MAKAN BUAH YANG BETUL, ARTINYA ITULAH RESEPI UNTUKMENJADI CANTIK, PANJANG UMUR, SIHAT DAN BERTENAGA SENTIASA